Tuesday, September 9, 2008

VIRTUAL ASSISTANT (VA)

Virtual Assistant ataupun 'Pembantu Maya' adalah pemilik bisnes yang menawarkan perkhidmatan pengurusan pentadbiran kepada pelanggan - usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecil dan sederhana.
VA kebiasaannya bekerja daripada rumah dan menggunakan kaedah komunikasi & penghantaran data melalui internet, 'email', perundingan melalui talian telefon, ruang kerja atas talian dan juga mesin fax.Mereka mengendalikan kerja-kerja yang diberikan mengikut cara dan bagaimana pelanggan mereka kehendaki.
Caj perkhidmatan adalah tergantung atas kerja yang di berikan bersesuaian dengan standard operasi dan polisi yang telah di tetapkan oleh mereka. Melalui sistem Virtual Assistant ini, dapat menolong golongan pengusaha bisnes berkadar kecil dan sederhana untuk mengembangkan bisnes mereka daripada fokus kepada pengurusan pentadbiran. Di samping itu, sistem ini lebih efektif dari segi kos kerana pelanggan hanya membayar ke atas pekerjaan yang di lakukan.

No comments: