Tuesday, September 9, 2008

POLISI 'PRIVACY'

Virtual Assistant bertanggungjawab untuk melindungi segala maklumat-maklumat yang diterima sepanjang berurusan dengan pihak anda. Untuk memberi gambaran yang lebih tepat berkenaan pelindungan maklumat ini, kenyataan di bawah ini dirujuk. Kesemua data dan maklumat anda di simpan secara 'Private and Confidential'. Apa sahaja data yang anda beri kepada kami adalah digunakan hanya untuk tujuan perniagaan sahaja. Dan dokumen atau data yang perlu di kembalikan, akan pihak kami kembalikan kepada anda.

Siapa Virtual Assistant ?
Virtual Assistant ialah individu perseorangan yang menawarkan perkhidmatan berasaskan pengurusan pejabat seperti menaip, penyusunan data, pemprosesan maklumat, kemasukan data dan sebagainya.

Apakah maklumat yang dikumpul ?
Saya menerima maklumat anda seperti nama, alamat e-mel, jenis tugasan yang hendak diberikan dan cara bagaimana untuk di hubungi untuk membolehkan saya membalas di atas setiap persoalan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan.

Bagaimanakah maklumat digunakan ?
Saya amat menitikberatkan 'privacy' sesuatu maklumat yang diterima. Setiap maklumat yang diterima hanya digunakan untuk tujuan penyelesaian sesuatu tugasan yang diberikan. Dan setiap maklumat yang diterima adalah "confidential".

Siapa yang perlu dihubungi jika ada sebarang kemusykilan ?
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan polisi 'privacy' ini, anda boleh menghubungi saya di alamat e-mel : virtual-assistant@gmail.com

No comments: